Tuesday, November 10, 2009

Aku bukan Usman Awang mahupon Shakespeare

Aku tak reti sastera,
tak pandai buat ayat bunga-bunga,
kalau cakap kat depan, mesti gagap-gagap,
kalau sembang intelek, mesti lambat tangkap.
Dulu karangan kat sekolah markahku slalu rendah,
perkataan pulak tak pernah cukup patah,
kalau tengok kat kertas tanda merah merata,
Cikgu kata bnyk salah, kurang kosa kata.

Aku lagi tak reti Bahasa Inggeris
ejaan pelik, berbelit-belit, berlapis-lapis,
paling susah bila terjumpa orang putih,
setakat 'yes' 'no' pastu tersengih-sengih.
Agaknya sebab tu mat saleh kata kita peramah,
bila ditanya, tegur, senyum panjang tak bermadah,
yang aku maksudkan begitu pengguna sepertiku,
yang kantoi Inggeris, dunno bahasa baku.

Jadi bila menulis, tulisan ku lemah,
bila bertutur, kataku tak petah,
kadang-kadang mesej aku tak sampai,
selalu orang panggil aku lampi, tak pandai.
Tapi bila salah janganlah gelakkan,
senyum sinis pon kalau boleh jangan,
Tegurlah kalau mahu, cuma jangan bagi aku malu.
Apa guna sombong ilmu, diusung ke hilir ke hulu

Aku bukan Shakespeare
Ceritanya di sanjung, diperhati, ditelaah di institusi.
Tapi siapa pasti pula, pendapat ku sampah tak berisi?

Dan aku bukan Usman Awang,
Beliau ramai orang kenal, digelar tongkat Waran,
Aku tiada yang kenal, aku hanya seorang insan.

4 comments:

Aimi Jaafar said...

hahaha.
i blinked and rubbed my eyes a few times.

oh betul la kerawang perak ni XD

tett at the end.
ada kot yg kenal,
*sambil angkat keyboard* :p

Jon Doel Madden said...

lol mat..aku kenal ko..gle sedeh puisi ko..nangis shial aku...lol

Muaz Nabil said...

aku tertinggal bas a. nk kena subscribe lps in. lol

pech said...

jangan la nangis rakan2 :D
ahaha..ttgal bas cmna muaz?