It's in BM!Forgive me for all the stupid 'tatabahasa' mistake.And it isn't exactly a 'kerawang' either.
By the by,this is a parallel-story-to/ending-to a not yet written story.It wouldn't make any sense,but I'm afraid it would take too long until i write the whole story,so i wrote this part that I was afraid I was going to forget.
Tiga orang budak bertenggek di tepi kali,tapi seorang saja yang mengail.Naim yang paling kecil memegang kail,kail yang hampir sama tinggi dengannya,kemudian dia lontar umpan ke dalam air.
"Bosan la Naim," kata Amir.
"Agak a Naim.Aku dah lapar ni,"
"Ahh.Kau tak habis-habis makan Mat.Aku bosan bukan sebab tunggu ikan,tapi bosan asyik-asyik Naim yang lontar kail."
"Memang la.Dah aku punya kail," jawab Naim."Itu la,aku dah ckp jangan ikut.Aku dah agak nanti mesti kau bising."
"Aku tak kisah tunggu ikan,tapi bagi aku cuba lontar umpan pulak."
Naim menarik tali kailnya untuk meletak umpan baru,tanpa diendahnya ngomelan Amir.
"Weh.Buat tak dengar pulak.Kau jangan la berlagak sangat,kail rotan ja pon," Amir menambah.
"Kalau rotan saja pon,kenapa kau tak buat sendiri!?" Naim meninggi suara."Kau yang berlagak!"
"Ahh.Aku tak tahan dengan kau ni."Amir yang berbadan lebih besar mengambil kail Naim darinya,lalu di lontarnya mata kail ke air.Mat yang sebelum itu berbaring di atas tanah bangun dan melihat umpan itu pergi dan jatuh.Tepat di dalam rumpun pokok di tengah kali.
"Bodoh!Tengok apa kau dah buat!Mata kail tu dah sangkut.Baik kau pergi turun ambik."
Amir memalingkan badannya,melangkah meninggalkan dua orang budak itu.
"Bukan salah aku."
"Bodoh!" jerit Naim.
"Bukan salah aku" ulang Amir dari jauh.
Setelah di sumpahnya Amir,Naim cuba turun ke dalam kali.
"Mat,tolong aku kejap."
"Tak boleh la Naim.Mak aku suruh pergi kedai tadi," kata Mat sambil mengesat debu dari baju.
Naim mengeluh dan turun,diperhatikan Mat yang berdiri tetap di tepi tebing.Naim meredah perlahan-lahan,lumpur di dasar terkocak mengeruhkan air.Langsung tidak nampak kakinya,mahupun makhluk-makhluk di dalam air.Sedang Naim terpikirkan cerita tahyul dan tipu,terdengar dia suara dari tebing,lantas dia berpaling.
Mat masih berdiri dan menoleh serentak ke belakangnya.
Seorang lelaki kusut masai berdiri tegak.Badannya tegap tapi tidak terjaga,mukanya hitam dek berkeliaran di tengah hari tanpa keruan.Dia pun berkata,
"Tiada dapat ku kudap,namun apa kau mamah?
Biar di saring bagaimana,mana mungkin kita seiring langkah.
Patah buluh darahnya,baru disambung tali saudara"
"Okay la Naim.Aku balik dulu," cepat Mat melangkah menjauhi lelaki tersebut.Ikutkan hati,mahu saja Naim naik ikut tebing di hadapannya,tapi barangnya tertinggal di atas tebing di belakangnya,bersebelahan lelaki itu.Naim meredah balik,memanjat naik dan lelaki yang tadinya galak bersajak senyap sahaja.Melihatkan Naim susah untuk naik,lelaki tersebut menyuakan tangannya.Naim sambut pantas tapi cepat dia melepaskan tangannya dengan terkejut,hampir-hampir dia jatuh ke dalam kali.
"Mana jari kau?"terpacul soalan tersbut sebelum sempat Naim berfikir.
Lelaki itu merenung jari sendiri,kemudian perlahan-lahan riak muka dia berubah serius dan matanya kembali fokus.
"Aku hilang jari ni setahun dulu,tapi hari ini aku hilang lebih dari itu," jawab lelaki tersebut.Dilapnya muka sendiri,lelaki tersebut segera berjalan ke arah kampung."Aku pergi dulu."
"Kesian.."cakap Naim sendirian."Dah la gila,tak ada jari plak tu."
Naim tiba di rumah dan melihat emaknya tergesa-gesa bersiap.Ayahnya sudah lama siap dan pergi ke masjid.Namun selalu emaknya akan tinggal di rumah.Hanya kalau ada keramaian akan dia tinggalkan rumah,itupun di rangkainya Naim untuk ikut bersama.Lain pula hari ini.
"Naim.Nasi ada bawah tudung," emak Naim bercakap sambil bersiap.
"Tapi mak nak pergi mana?"
"Baca Yasin.Jangan lupa kunci rumah," pesan emaknya sambil menutup pintu.
"Baca sebab apa?" soal Naim,tapi soalannya itu tak terjawab,tidak sehingga dia teringatkan kata-kata lelaki gila tadi.
4 comments:
chop chop, sape yg mati nih? laki tu ka? ke ikan2 kt page hg ni?
hoho, misteri siot. yg kawan2 dia tu plak apasal? haha
tu la psl.. sape pulak yg mati ni cha?
pnjg lg cita ni.
ni br skit.penamat lgpon.
aku mls lg nk tulis cita ni smpai hbis.
nnt a bla2.
Post a Comment